29 Dec 2010

Garuda dibaham Harimau


Garuda yang dikatakan sangat hebat dan tidak gentar dengan apa sahaja, akhirnya dibaham Harimau buas dengan rakus,4-2 pada Piala Suzuki AFF 2010..Penantian seluruh rakyat Malaysia, akhirnya berakhir dengan Piala Suzuki AFF dibawa pulang ke tanah air oleh Harimau Malaya yang semakin buas dari hari ke hari..

Walaupun aku tak dapat tengok game tadi (dan walaupun Sir Colonel KFC dah cuba nak tengok tivi pakai CSL dia time ceramah), bahang dia terasa..And aku sangat puas hati dengan permainan kat Stadium Bukit Jalil dan aku berpeluang tengok hari tu..Tapi penonton sangat mengecewakan..Dah sund awal-awal jangan main laser, tapi still main.Walaupun permainan disambung dengan kemenangan 3-0, tapi kejayaan Harimau Malaya terpalit dan tercemar akibat penonton yang pentingkan diri..Penyokong Indon boleh gunakan alasan tu untuk cakap yang Harimau Malaya bukan hebat sebenarnya..


Tapi apa-apa pun, diharapkan Harimau Malaya takkan pernah pandang langit dengan bongkak, tapi tunduk ke bumi dengan rasa rendah diri dan tingkatkan prestasi lagi..Seluruh rakyat Malaysia pandang Harimau Malaya sekarang sebagai hero negara..Tahniah buat skuad Rajagopal, dan semoga kita rakyat Malaysia terus menyokong Harimau Malaya..

Malaysia Boleh!!!!

"SUKAN UNTUK PERPADUAN"

No comments: