21 Dec 2010

Pulau Tali Kail, Gerik, Perak

Korang pernah dengar Pulau Tali Kail?Tak pernah?Tasik Banding?Tak pernah gak?Hmmm..Kalau Tasik Temenggor??Tak pernah dengar jugak?Boleh lah suruh Menteri Pelancongan letak jawatan ni..(kidding, sori Datuk Seri)..Pulau Tali Kail ni terletak kat Gerik, Perak..Dan ia merupakan salah satu daripada gugusan pulau yang ada kat Tasik Banding atau Tasik Temenggor..Tasik Temenggor merupakan tasik semulajadi untuk menjana elektrik daripada Empangan Temenggor, dan macam biasa lah, kalau ada empangan, maksud dia, Tasik Temenggor ni merupakan tasik buatan, macam Tasik Kenyir...Pulau Tali Kail ni diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak, yang aku rasa korang semua taknak tau pasal benda ni..


Pulau Tali Kail ni terletak kira-kira 50km daripada pekan Gerik, dan kalau korang daripada Kuala Lumpur, lebih kurang 400km..Dalam 4 jam perjalanan la..Baru-baru ni aku berpeluang pergi Pulau Tali Kail ni..Mula-mula aku rasa macam malas nak pergi, tapi bila dah sampai, macam malas nak balik..

Walaupun pulau, tapi Pulau Tali Kail ada kemudahan asas yang baik dan cukup..Air, elektrik, tandas, tempat tidur, kemudahan rekreasi, trail untuk jungle trekking, dan macam-macam lagi..Jom aku tunjukkan apa yang ada kat Pulau Tali Kail ni dengan menggunakan phone cap ayam kesayangan (sape nak gambar lagi cantik, sila sponsor aku kamera baru)

Kalau nak berkayak, memang dah ada perkhidmatan kayak dah..

Dan bukan takat nak suka jer, tapi seruah Illahi kene jawab gak..Musolla disediakan..

Ni chalet A-frame, untuk 2 orang.Tapi ada chalet besar untuk 1 family, 3 bilik kalau tak silap..

Yang ni bukan Wishing Stairs, tapi tangga nak pergi trail hutan..

Kalau nak buat aktiviti, ada dewan, tapi tak besar mana lah..

Dan tandas dia lengkap dan bersih, tak payah nak risau..

Kalau nak adventure, taknak duduk kat chalet, ada disediakan tapak perkemahan..Kau tahan ke dok luar???

Dapur nak masak pun ada..Tapi tong gas kene bawak sendiri lah..Boleh je nak mintak tolong yang uruskan pulau ni untuk sediakan tong gas..

Yang ni kira kesimpulan kemudahan yang ada kat sini lah..

Tapi kalau perlukan maklumat lebih lanjut, boleh layari web Jabatan Perhutanan Negeri Perak (klik sini)...Boleh buat tempahan semua..Tapi kalau korang nak aku uruskan pun, takde hal lah..Bagitau je aku, nanti aku bagi number contact..Bukan semua kemudahan yang ada kat Pulau Tali Kail aku letak, sebab jenuh gak nak upload banyak-banyak..Nak puas kan hati, pergi alami sendiri..Dan aku leh jamin, tak rugi..Sejuk, nyaman, jauh dari bising bandar, jauh dari pencemaran..Meh kita tengok gambaran sekitar pulau...







Selamat datang brader...

Hati-hati kalau pergi sini, ada 2 ekor raksaksa yang berkeliaran kat pulau ni..Raksaksa 2 ekor ni, rakus gile (KOI!!!!!!)

Gambar raksaksa ada, gambar orang hensem mesti lah ada jugak kan (kalau aku tak puji diri sendiri, sape lagi jo)

p/s : Kita heboh nak pergi oversea, sedangkan tempat sendiri tak terjalan..InsyaAllah, aku akan sentiasa tunjuk tempat menarik kat Malaysia yang aku pergi..Hoben Jang Hoben!!! (tibe)

3 comments:

Nurul said...

thanx mate... i ll go there...
if u cn join me nxt tyme...it wud me a terrific idea( british accent)

zaty luvlianncezzz said...

salam bro. interested la nak g sana. kalo boley lepas leave kumen nie boley tolong contact num nie tak. got few things to ask

0134912574 @ 0194714291

Anonymous said...

As'kum bros..

boleh bg direction,instruction,transaction,tion.. tion.. tak mcm ne nak gi pulau Kail ni.very interesting. mcm ne nak smpai ke sana? kalu bw khemah sndiri kena booking awal ke? sapa yg boleh di contect?