23 Dec 2010

Mangga Gergasi!!!!

Brape berat mangga yang korang pernah tengok depan mata??300gram??Lauk sangat..Korang percaya tak ada mangga yang berat dia boleh cecah lebih 1kg sebijik??Baru-baru ni aku gi rumah Pak Lang aku kat Seremban, tapi aku dah sampai malam..Than ibu aku nampak pokok mangga Pak Lang aku, ibu pun ushar buah dia..Ibu suruh aku tengok, terkejut beruk bai!!Tak penah aku tengok buah mangga besar macam ni..

Besar dia, hampir sama dengan saiz A4..

Sama tinggi dengan botol air 750ml..

Kalau tak caye gak, korang bandingkan lah benda-benda dalam ni..

Pak Lang aku bagi 3 bijik, 2 bijik muda, than ibu aku buat jeruk mangga..Dapat satu tupperwer besar kot..Buah mangga ni sesuai untuk orang yang tamak, baru tau macam mana rasa seorang penamak,huhu..Orang paggil mangga ni, mangga King..Mungkin sebab dia raja segala mangga kot..Tapi nama saintifik dia aku tak dapat..

Siapa yang rajin menanam tu, korang pergi kat kedai, tanya anak pokok mangga King..InsyaAllah korang tak menyesal kalau tanam pokok ni..Aku pun nak carik gak anak pokok dia..Hehehe..

Kepada Cik Nurul Salma Munirah, ketika anda pulang ke rumah nanti, mangga ini telah pun selesai dimakan..Pergi amik sendiri kat rumah Pak Lang..

2 comments:

rasyiqah.razali said...

mak aihhh...sedap tu kalu blh makan dengan belacan or kuah rojak... makan sebiji tu dah kenyang giler...pergh.. *lapar*

Encik Adie said...

yup,yup..mkan sbjik mcam mkan 4 bjik..