23 Dec 2010

Michael Milton : Si tempang yang angkuh

Korang pernah dengar Michael Milton??Aku pun sebelum ni pun tak pernah nama Michael Milton, sampai lah aku tengok ESPN kalau tak silap..Sebab keluar kat ESPN, sah-sah la si Michael Milton ni seorang atlet, coach or pengurus kelab..Tapi kenapa aku cakap Michael Milton ni si tempang yang angkuh??Chucerita,chucerita...

Mamat Michael Milton ni merupakan atlet ski paralimpik untuk Australia..Dan bukan tempang biasa, tapi Michael Milton hanya ada sebelah kaki!!Bayangkan macam mana ski dengan satu kaki..Betapa gigihnya si mamat Michael Milton ni..Walaupun kehilangan kaki dia masa kecik disebabkan oleh barah, Michael Milton merupakan pemegang rekod dan pingat emas paralimpik dunia..Selain dari itu, dia juga mencatatkan masa terpantas untuk ski di Australia!!Maksudnya, lumba dengan orang yang ada 2 kaki pun dia menang..


Bila dia dah boring dengan ski kot, dia pun cuba untuk masuk acara berbasikal, dan mamat Michael Milton macam biasa, menyerlah..Dengan hanya satu kaki, Michael Milton boleh mencatatkan masa yang baik..Dan beliau mendapat anugerah atlet terbaik Australia atas kecekalan beliau..
Kalau nak cakap orang istimewa tak mampu hidup normal, mamat Michael Milton ni ada 2 orang anak yang normal, dan mempunyai keluarga yang bahagia (as far as i concern la kan,huhuhu)..Dan Toyota merupakan penaja utama Michael Milton, maksudnya dia boleh hidup dengan selesa, walaupun mempunyai kekurangan..

Jadi, kita yang boleh dikatakan sempurna ni tak rasa tercabar ke dengan pencapaian Michael Milton??Walaupun ada satu kaki, tapi dengan "keangkuhan" beliau menafikan beliau hanya mempunyai satu kaki, beliau berusaha untuk menjadi seperti orang normal yang lain..Jadi, kekurangan bukan lah semboyan untuk kita menyerah kalah, dan kelebihan bukanlah lesen untuk kita merasa bongkak..Semoga kita menjadikan Michael Milton ni sebagai contoh dan ikon, bukan sibuk nak ikut artis, nak jadi macam artis..Artis,artis,artis..Walaupun kebanyakan artis mempunyai contoh yang lansung tidak patut dicontohi..

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Michael Milton, boleh lah melayari laman web rasmi beliau..Klik di sini..

Sila tahan telinga bila Encik Adie dah bertukar menjadi pakar motivasi..Hak,hak,hak...

No comments: