13 Dec 2010

Aku di offer dadah

Tadi aku pergi beli surat khabar, tiba-tiba aku teringat peristiwa semalam..Peritiwa ni berlaku kat Pilah, masa tu aku nak beli surat khabar, ngan Saudara Roslan bin Ma'arof (member baik dari kecik yang nama sebijik ngan arwah abah aku)..Than aku berhenti lah kat satu kedai surat khabar yang ada jual majalah gak..Macam biasa, kedai Cina, sebab orang Melayu malas nak bukak kedai kot..


Lepas aku bayar surat khabar aku, tiba-tiba apek tu macam berbisik aku.."Pssst,pssst" die pnggil aku.."..... mau ka?", aku tak dengar apa yang dia cakap..Than apek tu pandang sekeliling, cover line, than dia bisik lagi kat aku..".... mau ka?" still aku tak dengar..Than dia ulang benda yang sama, tapi aku still tak dapat dengar apa yang apek tu cuba nak jual kat aku..

Tiba-tiba fikiran aku dah berubah, fikir yang bukan-bukan..Apek ni nak jual apa kat aku..Macam nak jual dadah je kat aku..Aku cuak tiba-tiba ada polis lalu kang, tak pasal-pasal kene hukum gantung..Apek ni still tanya aku..Aku suspek apek ni tak jual dadah kot, sebab muka innocent..Tapi mungkin kot dia nak jual majalah lucah ke ape ke kan..Aku memang tak pernah beli oke (sumpah), so aku nak chow je lah, takut maaa...

Tapi apek ni tak puas ati gak, dia still nak jual benda tu kat aku..Aku pun datang dekat kat dia, nak dengar betul-betul apa yang apek tu nak jual..Than apek tu ulang lagi tawaran dia, kali ni lebih jelas..

"Suara Keadilan mau ka?",hahahahaha..Rupenya apek tu nak jual surat khabar Suara Keadilan kat aku..Macam nak jual dadah je bisik..Nampak sangat pembangkang ni memang tak dapat nak kawal media..Ntah mana demokrasi bersuara aku pun tak tau...Masuk kete, terus tegelak dengan Lan..Akhirnya aku drive tanpa membeli dadah dan majalah lucah..Hebat kan???

5 comments:

zaty fiqa said...

adui..sengal sungguh..:)

Ikmal Fayadh said...

apek pun segan-segan nak jual suara keadilan. haha

Encik Adie said...

tu la pasal..aku jdi suspek telebih sudah..hahaha

Cik Puan Kocik said...

encik adie...sila ke sini...saya amik pic dr blog encik adie...tanpa keizinan dan skg baru nk mohon izin...erghhh boleh ke???

http://secretwordfromheart.blogspot.com/2010/12/hantu-kak-limah-bertukar-menjadi-tron.html

Encik Adie said...

cik kamoo : sharing is caring..hehehe