13 May 2010

Judi sah halal


Ini adalah keputusan kerajaan Malaysia yang kita sayangi..Aku rasa ramai rakyat Malaysia dah tahu pasal benda ni,dimana kerajaan ingin mengeluarkan lesen untuk judi bagi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan pada bulan Jun depan, dengan Datuk Awang Adek mengatakan tindakan tersebut untuk mengelakkan "perjudian haram" sempena Piala Dunia nanti..

Lesen tersebut diberikan kepada BERJAYA yang merupakan pemilik kedai serbaneka 7-eleven,yang merupakan satu-satunya syarikat yang diberi lesen oleh kerajaan untuk mengelola "perjudian halal" sempena Piala Dunia..BERJAYA dikatakan akan menggunakan Toto milik mereka untuk perjudian sempena Piala Dunia..


Artikel Malaysia Kini tentang pemberian lesen kepada BERJAYA

Artikel Utusan Malaysia tentang pemberian lesen kepada BERJAYA(versi pengampu)


Apa yang ramai orang risau adalah,takut BERJAYA turut menggunakan 7-eleven sebagai medium untuk menjual pertaruhan..Kerajaan memberi lesen tersebut dengan syarat orang Islam tidak boleh terlibat dalam pertaruhan tersebut..Sejauh mana nak elakkan semua tu??Kalau aku nak join jugak,senang-senang je aku suruh member bukan Islam aku belikan tiket tu..Lagipum,Toto yang terang-terang tulis "ORANG ISLAM DIHARAMKAN BERJUDI" tu pun besepah aku tengok pakcik-pakcik ngan brader-brader yang sama agama ngan aku,ini kan pulak pertaruhan Piala Dunia..

Kalau betullah nak elakkan "perjudian haram" sempena Piala Dunia, sejauh mana keberkesanan menghalalkan judi dengan cara memberi lesen??Aku tak rasa "perjudian haram" akan teratasi malah pemberian lesen kepada BERJAYA tidak akan mempengaruhi apa-apa..Kenapa bukan dengan cara pantau dan lakukan operasi besar-besaran??Sebab taknak pegawai-pegawai yang terlibat nanti terlepas untuk menonton Piala Dunia??

Ada blogger komen,patutlah team badminton untuk Piala Uber kita kalah,sebab pembangunan sukan kita menggunakan hasil judi..Aku setuju gak dengan mamat tu..Tak tahu lah Malaysia nak jadi macam mana lepas ni..

p/s : Tan Sri Azizi confirm akan balas ngan speaking dia..Tapi aku tak kisah..Sebab aku rasa bagi lesen judi adalah sangat bodoh..Ntah mana rasional dia,aku still tak nampak..

No comments: