14 May 2010

Malaysia nak lawan Facebook dengan myfriends2u!!??


Biar betul ni??Pada 14 Mei 2010 yang lalu,Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan jejaring sosial atau dalam bahasa omputih dia, social network yang baru, yang dinamakan myfriends2u (macam maybank2u la pulak) dan telah dirasmikan oleh Datuk Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan di Wisma KBS..

Artikel tentang perasmian myfriends2u di Kosmo

Laman web myfriends2u


Menurut Datuk Shabery Cheek, myfriends2u diwujudkan supaya belia senang untuk mengetahui aktiviti-aktiviti sukan yang berfaedah yang boleh diikuti oleh mereka (mereka tu termasuk aku dan kamu) dan juga untuk mengikut arus internet yang kian pesat (??????)..Tapi sebenarnya aku tak nampak apa-apa faedah pun..Tapi maybe sebab belum sepenuhnya mendapat sambutan,maybe tak nampak sangat lagi..Think positive,yeah!!


Aku baru je mendaftar (sign up) thanks to Andy Chester..Sebagai pengkritik tegar kerajaan,aku kene la bagi komen sikit pasal benda ni..Aku rasa bagi permulaan, jejaring sosial yang baru sehari jagung ni, tampilan dia kurang menarik sikit la..Aku rasa tak berapa nak user friendly.Tapi maybe sebab baru sangat guna (think positive lagi), so aku tak biasa..Lagipun dok online 24 jam Facebook,mana tak nya..Bila dah makin ramai guna nanti,oke lah kot..

Tapi aku tak puas ati,kenapa bila aku daftar je,tiba-tiba ada 2 ekor makhluk tak dikenali ada dalam friend list aku..Sekor mamat afro,sekor lagi mamat yang obes tengah duduk..Aku suspek tu creator die kot,sebab ada kat semua orang dalam myfriends2u ni..

Aku harap takde lah agenda tersembunyi disebalik pembinaan myfriends2u ni..Semoga bermanfaat bagi kita..

7 comments:

Nurul Ayu said...

baru dengar kot..haha rasa mcm katak bawah tempurung la plak..=p

Encik Adie said...

huhu..mane ade katak bwah tmpurung..rasenye rmai lgi kot xtau..ni pun tau sbb ade membr yg bgtau..

Ikmal Fayadh said...

aku da tengok. sebijik macam fesbuk!

bosan gila. haha

Encik Adie said...

kau ni ikmal..kite kene spport brangan buatan mlysia..hahaha

ifrat said...

den bru pas signup...
dah add ko pn...haha

ashraf said...

myfriends2u? kenapa guna english language? kata made in malaysia gunalah bahasa melayu...

menangis cikgu rosmah tau...

wei, ifrat sape? macam penah dgr je nama die.

leesa taper said...

Alamak!! Fail ler!! Sebijik cm fesbuk..tp software ni dorang beli kan..senang ler nk meng-edit..kalo nk yg 100% malaysia punyer..layari http://www.aper.my...bleh menang goodies taw!!