14 May 2010

Polis sokong judi??


Apa sudah jadi dengan Malaysia??Kalau korang tak tau lagi pasal kes Malaysia memberikan lesen judi kepada kumpulan BERJAYA,sila baca disini..Hari ini (14 Mei 2010), selepas solat Jumaat telah diadakan perhimpunan secara aman di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru, bagi membantah pemberian lesen judi kepada BERJAYA sempena Piala Dunia 2010..

Tetapi apa yang mengejutkan adalah,pihak polis telah melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan aku rasa..Mereka menggunakan kekerasan kepada orang ramai yang disedarkan bahawa judi itu adalah haram dan patut mengelakkannya,bukan menjadikannya seperti halal dengan memberi lesen kepada golongan tertentu..

Berikut merupakan gambar dan video pada hari tersebut :

Artikel Malaysia kini tentang perhimpunan di Kampung Baru

Video tentang aksi polis

Aku rasa polis ni memang menjalankan tugas dia je..Tapi takkan tak terdetik sikit pun di hati untuk menyokong tindakah membantah perkara tersebut??Mereka hanya mengadakan perhimpunan aman,di dalam perkarangan masjid..Korang boleh tengok sendiri video dan gambar-gambar pada hari tersebut..

Aku bukan pembangkang, aku bukan kerajaan.Tapi aku sokong yang nak bantu rakyat..Tapi kalau benda dah terang-terangan salah macam ni, takkan nak sokong membabi buta je??Seriously aku tak faham dengan Malaysia sekarang..

No comments: