13 May 2010

Malaysia di mata indonesia


Masih ingat lagi beberapa bulan sebelum ni??Malaysia dikejutkan dengan bermacam-macam tuduhan daripada negara jiran,indonesia..indonesia menuduh Malaysia mengambil budaya (heh) mereka, tanpa bukti yang kukuh..Mereka menuduh Malaysia meniru batik mereka,tetapi mereka tidak menyentuh lansung tentang India dan Cina (walaupun corak batik Malaysia sangat berbeza ngan indonesia), dan mereka menuduh Malaysia mencuri tarian Riot Diponogoro (yang aku tak pernah tau ada kat Malaysia pun, dan tak pernah dengar pun) hanya dengan pernyataan bahawa tarian tersebut terdapat di Selangor (bukan kita kata itu tarian Melayu,lagipun tarian tu aneh sangat)..

Lepas tu,macam-macam lah lagi tuduhan indonesia kat Malaysia..Sekarang ni mungkin dah reda sikit,sebab masing-masing kerajaan dah cuba untuk pulihkan suasana.Tapi kat Facebook pulak,macam-macam group anti Malaysia dibuat,lagi cepat dari cendawan tumbuh lepas hujan..Kebanyakannya dicipta oleh budak sekolah hingusan yang takde otak..Dan kalau nak tau,ada beberapa perkara yang jelas perbuatan segelintir orang indonesia buat,yang menunjukkan mereka tak faham apa-apa pun sebenarnya,hanya tahu meluapkan api kebencian terhadap Malaysia tanpa sebab yang jelas,ditambah dengan minyak yang disiram oleh media massa indonesia yang hanya memikirkan isu panas = duit = kaya raya..

Antara benda yang aku rasa sangatlah tak berasas :

1. Kebudayaan
-Ini yang paling besar.Mereka mengaku serumpun,tapi mereka tak dapat terima kalau orang Malaysia yang mengamalkan budaya tersebut (walaupun hakikatnya takde budaya yang kita nak)..Tapi kalau orang eropah atau negara lain yang amalkan,mereka berbangga,dan tak pernah menuduh orang putih curik budaya indonesia..Dan mereka cepat sangat melatah pasal budaya.Kalau boleh,semua budaya di Malaysia nak cakap asalnya dari indonesia..Dan mereka tak pernah mengingat sejarah,dimana nenek moyang kita juga dari asal yang sama..Aneh...

2. Tenaga kerja indonesia (TKI) / Pekerja asing
- Apabila terdapat kes TKI didera di Malaysia (yang pelakunya biasanya Cina), mereka akan sangat cepat melatah.Hari ni keluar berita,esok dari kampung mana ntah,keluar rusuhan,bakar bendera Malaysia,masuk kedutaan dan konsulat mintak itu ini..Pijak-pijak bendera Malaysia,kutuk macam-macam.Tapi kalau ada kes penderaan TKI kat Arab Saudi,dekat Korea,Jepun dan negara-negara lain,tak pernah pun nak buat rusahan kat kedutaan negara-negara tu..Aneh..

3. Polis
- Baru-baru ni,ada kes warga indonesia ditembak mati kerana merupakan penjenayah yang di cari..Mereka sangat marah dan mintak tanggungjawab polis,buat rusuhan sana-sini.Padahal polis dah kata yang ditembak merupakan penjenayah.Tapi mereka tak percaya,sebab polis Malaysia yang tembak.Tapi di indonesia sendiri,orang-orang mereka yang disangka pengganas/terrorist, ditembak tanpa bukti yang kukuh.Dah tembak baru carik sebab.Dan mereka hanya diam,membenarkan tindakan polis, dengan alasan mereka adalah "tersangka pengganas".Ada lagi kes,yang mereka cakap bahawa polis Malaysia memukul warga Indonesia kerana merogol isteri orang sampai mamat tu lunyai,dan mengatakan orang Malaysia kurang hajar.Tapi mereka tak cakap apa-apa pasal polis mereka yang ramai-ramai pukul perusuh,sampai masuk hospital,sebab mereka orang indonesia sendiri..Aneh..

4. Biasiswa kepada pelajar
- Melalui laman-laman web yang aku baca dan forum-forum yang aku ikut,mereka mencemuh Malaysia,menuduh semua benda nak kite curik termasuk memberi biasiswa kepada murid pintar mereka,dalam bidang IT..Macam-macam perkataan kesat dihamburkan,hanya kerana Malaysia ingin memberikan biasiswa kepada murid cemerlang mereka..Kalau betul cerita ni,korang pandai-pandailah fikir sendiri.Tapi ada student mereka dapat biasiswa dari Jepun,satu indonesia harus diberitahu,dikeluarkan dalam berita,dan satu kampung dapat nama sebab Jepun bagi biasiswa..Tak pulak cakap Jepun nak curik budak tu..Aneh..

5. Bantuan
- Waktu mereka ditimpa musibah,Malaysia antara negara terawal bagi bantuan.Tapi apa yang mereka balas?Jauh sekali terima kasih,malah cemuhan yang diberi.Dan ada desas-desus mengatakan mereka menolak pemberian daripada Malaysia.Tetapi mereka mengagungkan bantuan US,Britain,Jepun,Autralia dan negara-negara lain..Cuba korang fikir,takkan US senang-senang nak bagi hasil negara kat indonesia yang takde makna bagi mereka?Tak lama lepas musibah,tentera US mendaratkan askar-askar mereka di indonesia untuk "latihan ketenteraan bersama",sekaligus menderikan kem-kem mereka..Dan indonesia sangat menyanjung US,sangat menyanjung Obama (hanya kerana pernah belajar di indonesia),yang akhirnya indonesia yang kononnya negara Islam melabel orang-orang Islam sebagai pengganas seperti yang diidamkan US..Aneh..

6. Mana lebih baik
- Mereka selalu mengatakan, "orang Malaysia sombong,tak sedar diri",dan mereka selalu mengatakan indonesia lebih baik..Daripada semua yang aku cakap kat atas ni,pendapat korang,ayat tu sesuai untuk siapa??

p/s : Ada ramai orang indonesia yang tidak setuju dengan tindakan sesetengah rakyat mereka yang bermusuhan dengan Malaysia.Tapi kalau mereka ada 1juta orang,penduduk indonesia 100juta,mana lebih menonjol???

No comments: