31 May 2010

Rejim Zionis laknat bangsat!!!

Tentera Laut rejim zionis menyerang kapal Mavi Marmara

Seriously aku sangat emo arini..Aku rasa korang semua tengah berperasaan sama dengan aku bila dengar berita kat radio-radio,tv atau kat surat khabar..Pagi tadi masa aku hantar adik aku gi jumpa doktor,aku dengar berita kat Hitz yang Israel laknat menyerang Kapal Mavi Marmara yang membawa konvoi kemanusiaan ke Gaza..Life Line For Gaza (LL4G) yang disertai oleh 700 aktivitis daripada 50 buah negara termasuk Malaysia merupakan konvoi kemanusiaan terbesar ke Palestin selepas pengepungan rejim zionis Israel terhadap Palestin..

Malangnya,semalam (31/05/2010) rejim zionis laknat menyerang kapal yang mengangkut lebih 10,000 tan barang bantuan, menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang tercedera dan 30 yang lain cedera dan difahamkan tentera rejim zionis laknat tersebut menahan beberapa aktivis..Mereka menyerang kapal Mavi Marmara yang merupakan antara 7 kapal dalam misi kemanusiaan itu, yang lansung tidak bersenjata dengan menggunakan helikopter dan bot berpeluru berpandu..Mereka menggunakan armada angkatan laut untuk menyerang orang awam yang tidak boleh menyerang lansung..

Untuk bacaan lanjut, boleh baca di bawah ni :

Artikel Utusan Malaysia tentang penyerangan rejim zionis

Artikel Utusan Malaysia tentang kenyataan pemimpin dunia

Blog Tun Dr Mahathir tentang kebiadapan rejim zionis


Laman Web Al Jazeera tentang penyerangan rejim zionis

Rakyat Malaysia yang mengikuti konvoi tersebut masih belum diketahui nasib mereka..Apa yang pasti,wartawan dan jurugambar ASTRO AWANI dikatakan selamat,tetapi tidak diketahui selebihnya..Diperkirakan terdapat 11 rakyat Malaysia di atas kapal tersebut..

Meremang bulu-bulu (bayangkan dengan jumlah bulu aku ni,macam mana keadaan dia,huhu) aku bile dapat berita ni..Aku ikut gak perkembangan LL4G ni dari dia berlepas, dan aku sangat sedih bila jadi macam ni..Diharapkan lepas ni masyarakat seluruh dunia tidak akan takut dan jemu nak hantar bantuan ke Palestin walaupun tempuh pelbagai dugaan..Bagi kita yang rasa tak dapat nak pergi,marilah sama-sama kita berdoa dan solat hajat untuk keselamatan saudara kita yang ikut konvoi dan keselamatan masyarakat Palestin..Bagi yang mampu,mari kita ikut sumbangkan apa yang kita ada..

Ini bukan hanya melibatkan isu agama,kerana ia merupakan isu kemanusiaan dan hak asasi manusia..Aku terharu bila dengar radi IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) pagi tadi bila ada pemanggil,seorang lelaki berbangsa Cina, Mr. Chin telefon IKIM dan bersama-sama membincangkan isu ini dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis tersebut...

REJIM ZIONIS LAKNAT!!!!

1 comment:

Ila Aqilah said...

ya Allah, cuak kot..jom2 kite berdoa untuk mereka..isk..