26 Nov 2010

2Alam : Punggung dah pecah

Kalau cakap pasal Datuk Dr. Rozmey (DDR), aku rase satu Malaysia kenal dia.Sape tak kenal dengan producer 2Alam yang dikatakan akan mengutip RM 40juta, dengan sasaran RM2juta pada hari pertama. Pada pembaca Metro, gambar DDR ni memang tak asing lagi, dimana HARI-HARI ada iklan pasal 2Alam dan kehebatannya,mengambil 2 page surat khabar. 1/4 daripada muka, ada gambar DDR tengah tunjuk best berbekalkan rambut cendawan beliau..Company besar macam Maxis pun amik 1 page je untuk Daulat Tuanku..Kau bayangkan berapa banyak DDR ni habiskan duit untuk promosi (ni lah contoh orang kaya, duit tak tau nak buat apa)..


Tau kenapa aku cakap punggung dah pecah?Menurut Finas, kutipan untuk 2Alam sampai 24 November (seminggu selepas ditayangkan) hanya mampu mencecah RM230,000 (klik sini). You do the math, berapa banyak lagi nak sampai RM40 juta..Paling kelakarnya, DDR boleh confident untuk tayangkan 2Alam sekali dengan Harry Potter dan mampu mengalahkan Harry Potter..Nak tengok nombor?Harry Potter kutip lebih kurang RM388juta pada hari pertama ditayangkan, 2Alam kutip RM230,00 dalam seminggu.Jauh panggang dari api der..

Aku rasa kalau dia punya publisiti tak melampau sangat mungkin ada je orang nak pegi tengok..Tapi mamat cendawan ni (haip Encik Adie, jage mulut) confident habis dengan diri sendiri.Bagus confident, tapi kalau ada harapan palsu je, jangan lah berharap dapat beli langit.Tengok muka dia pun tak selera, ini kan pulak nak tengok cerita dia sampai 86 minit tu..Punyalah orang benci dia, sampai buat fanpage "Kami benci dr rozmey dan 2alam"(klik sini)..Tapi DDR ni tak rock la, dia delete semua orang yang komen pasal dia, dan delete semua komen..Tak gentle lah brader..

Aku belum tengok cerita dia, tapi menurut wartawan yang pergi preview dia, ramai yang kutuk habis-habisan..Bila wartawan dah komen macam tu, ada pulak orang nak serah diri pergi tengok..Aku rasa, yang RM230,000 tu pun pergi bukan sebab minat, tapi sebab nak carik point untuk kutuk filem ni dalam blog, kat member, hatta bahan gossip makcik-makcik kat pasar ikan..

Bukan orang Melayu taknak tengok atau support cerita Melayu, tapi kalau kualiti dia sama macam persembahan Bahasa Melayu mingguan kat sekolah, macam mana orang nak support. Sebab wayang kene bayar boss, persembahan tak payah bayar..Cerita Melayu yang biasa-biasa pun still boleh untung dalam RM2-3 juta.Menampakkan daripada keadaan sekarang ni, aku tak rasa dia boleh kutip RM2juta pun..Tapi tengoklah..Mana tau ada keajaiban..

Kalau nak baca review pasal cerita 2Alam, boleh tengok kat sini dan sini..

Sori DDR, bukan nak kutuk, tapi membina semangat,hehehe...

2 comments:

Emir The VI said...

Memang aku pon xske..
Walopun, aku x penah knl pon dia sblm ni..
Al maklum lah, aku ni x ske dunia hiburan.. hehe
Kalo mengikut kiraan pun, jumlah kutipan tidak akan sampai 40 juta skalipun walopun sume org tengok...
Sbb utama, 18 pl, kanak2 x ley tengok...
Sbb ke-2, org bukan melayu mesti lah x tgk..
Sbb yg-3, Trgganu n kltan xde pggg wayang..
Dan sbb2 yang lain yang sama kawasan dengannye.. Hehe..

Anonymous said...

Nape die nak ktip sampai 40juta...
skrg ni lau die jual satay pun leh laku satay tu dari film die....kesian betul la DDR ni...