1 Dec 2010

Kedah perang ngan Pulau Pinang?

Korang pun tau sekarang ni tengah hot pasal Korea Utara asyik perang ngan Korea Selatan, dan baru-baru ni, pengarah perkhidmatan perisikan kebangsaan Korea Selatan cakap, ada kemungkinan besar Korea Utara akan menyerang Korea Selatan lagi, selepas puas membedil Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan yang menempatkan lebih kurang 1000 askar marin (betul ke askar marin?Bukan askar laut eh?)...


Tapi yang paling hot aku rasa, kalau Kedah ngan Pulau Pinang perang..Tak macam haru pulak brader,huhu..Belum ada nak perang pun sebenarnya..Ikut cakap Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof, Pulau Pinang tu Kedah yang punya..Lepas dia bukak buku-buku dia yang dah berhabuk dan layak masuk muzium, dia buat kenyataan yang sebenarnya dulu Pulau Pinang bawah Kedah. Tapi British buat perjanjian ngan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah, Sultan Kedah masa tu..Jadi, Pulau Pinang dipajak (kira British bukak kedai pajak gadai la,agak eh kot) oleh Sultan Kedah dengan harga 4000 matawang Sepanyol, yang aku tak tahu apa,huhu..Tetapi sampai sekarang Pulau Pinang tak pernah dipulangkan kepada Kedah, tetapi terus dijadikan sebuah negeri..


Siapa Datuk Shamsudin ni?Kalau nak tahu, dia ni Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah..Walaupun aku baru dengar persatuan ni, aku rasa dengan title "sejarah"dia tu,boleh pengaruh orang lain untuk mendesak Pulau Pinang yang dikatakan masih membayar pajak RM10,000 kepada Kedah sehingga sekarang, masuk ke bawah Kedah balik, macam 200 tahun dahulu..

Tapi sebelum tu, saya ada pendapat sikit lah Datuk..Apa untungnya untuk Malaysia turun tarafkan Pulau Pinang menjadi sebuah daerah didalam Kedah?Maksud saya Datuk, kepentingan kepada rakyat Kedah khasnya, kepada rakyat Malaysia amnya..Kenapa tak carik buku daripada 1511 dulu? Mana tahu Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka nak suruh satu tanah Melayu ni jadi Negeri Melaka, atau Negara Melaka pulak..Tapi apa-apa pun, kena lah lawan dengan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor pulak, tapi Johor pun sampai Riau tu, bukan main-main..

Maaf Datuk, saya buta sejarah..Tu yang saya tanya tu..Peace!!!

2 comments:

Ikmal Fayadh said...

" mereka yang lupa akan sejarah pasti akan mengulanginya.. " - buku teks sejarah tingkatan 4

mereka pun nak jadi indon juga. claim sana sini. haha

Encik Adie said...

even worst..indon pun claim kat malysia..ni claim kat negara sendiri..tak faham aku..duduk dekat ngan indon lagi,kan dah berjangkit..