14 Mar 2010

Indonesia negara rasuah terbesar di Asia Pasifik


Baru-baru ni,aku ada terbace satu artikel yang sangat menarik perhatian aku di VIVAnews dan juga di nusantaranews, dimana artikel tersebut,menyatakan bahawa Indonesia merupakan negara paling banyak aktiviti rasuahnya,menurut servey sebuah syarikat consultant daripada Hong Kong,“Political & Economic Risk Consultancy” (PERC).Penilaian didasarkan atas pandangan ekskutif perniagaan yang menjalankan urusan di 16 negara Asia Pasifik yang terpilih. Total responden adalah 2,174 dari pelbagai kalangan eksekutif kelas menengah dan atas di Asia, Australia, dan Amerika Syarikat.

Hasil survey PERC ini mengatakan bahawa Indonesia mendapat nilai 9,07 dari angka 10 sebagai negara paling banyak rasuah 2010. Ini bererti selama 2 tahun terakhir pemerintah Susilo Bambang ,tingkat rasuah di Indonesia semakin membimbangkan. Pada tahun 2008, Indonesia menduduki kedudukan ke-3 dengan nilai tingkat rasuah 7.98 setelah Filipina (tingkat rasuah 9.0) dan Thailand (tingkat rasuah 8.0).

Berikut adalah ranking daripada survey tersebut.
  1. Indonesia (paling banyak rasuah)
  2. Kamboja
  3. Vietnam
  4. Filipina
  5. Thailand
  6. India
  7. China
  8. Taiwan
  9. Korea
  10. Macau
  11. Malaysia
  12. Jepun
  13. Amerika Syarikat
  14. Hong Kong
  15. Australia (bersih)
  16. Singapura (terbersih)
Catatan * : Negara Asia-Pasifik yang disurvei adalah negara yang memiliki kemajuan ekonomi cukup pesat di kawasannya dalam beberapa tahun terakhir.

Tujuan aku buat ni bukan untuk merendahkan Indonesia,tapi sekadar untuk pengetahuan umum,dan iktibar bagi kita gak,sebab kedudukan Malaysia pun agak membimbangkan,dan kita pun tahu,rasuah di Malaysia semakin menjadi-jadi,cuma ada beberapa negara tingkat rasuahnya bertambah lebih pesat dari Malaysia..

Dan sebab lain aku post pasal ni adalah,aku sangat muak dengan rasuah kat Indonesia,dalam setiap urusan,yang selalu aku kene..Muak nak berurusan dengan setiap jabatan dan bahagian kat Indonesia yang tak ramah lansung dan suka menyusahkan orang,muak dengan sistem yang tidak memikirkan kesusahan orang lain.

So,kalau nak buat sesuatu tu,buatlah dengan ikhlas..Bila orang senang dan suka dengan keihklasan kita,insyaAllah ada imbalan lain..Tunggu je lah..

2 comments:

mario said...

asia pasifik pesat eh?kagum gak..
tapi negara cam japan ngan US kalah tu beb ngan negara kita.huhu.
rasuah ni mencacatkan pembangunan la pd pndapat aku.

teruk gak eh birokrasi kat sana.balik la msia wey.hehe

Encik Adie said...

kalau boleh,mlam ni jgak aku blik malaysia mario..hahahaa..tp mmang btul,rsuah sngt mecacatkan pmbngunan..