23 Mar 2010

PADAMKAN LAMPOOO!!!


Oke,macam sangat melampau tajuk ni,huhhu..Takde kene mengena dengan kestressan terhadap jiran sebelah rumah yang pasang spotlight saban hari buat dangdut mahupun laki yang dah tak tahan..Tak tahan sebab ape??Sebab bini die dok karaoke,padahal dah kol 2 pagi..Tapi ni pasal Earth Hour..

Apa yang dikatakan dengan Earth Hour??Dalam kempen Stop Global Warming, WWF atau World Wide Fund for Nature atau dahulunya dikenali dengan World Wildlife Foundation, mereka memperkenalkan Earth Hour, dengan meminta kerjasama seluruh penduduk Bumi,untuk memadamkan seluruh lampu (gulap gulita kayak hutan nanti) selama 60 minit pada setiap hari Sabtu minggu terakhir pada setiap tahun, bermula pada tahun 2007..Bererti,untuk tahun ini akan dilakukan pada 27 Mac 2010,iaitu Sabtu akan datang..

Earth Hour pada Sabtu akan datang akan bermula pada jam 20.30-21.30 waktu Malaysia, dan untuk Indonesia jam 20.00-21.00 WIB..Untuk negara lain,aku tak berapa pasti,huhuhu..Pemadaman semua letrik didunia ini bukan hanya dilakukan di Malaysia dan Indonesia,tetapi di 88 buah negara yang terdapat WWF..

Ada pro dan kontra daripada kempen ni sebenarnya..Dari apa yang aku baca,memang besar impak die kalau seluruh penduduk kat Bumi ni padam lampu,walaupun hanya dalam masa 60 minit atau 1 jam..Tetapi ada sesetengah tempat tertentu, kempen ni tak berapa sesuai dilakukan..Macam tempat yang kadar jenayah die tinggi..Bayangkan kalau dalam terang pun banyak kejadian yang tak diingini berlaku, ini kan lagi dalam gelap..Dan banyak lagi benda-benda yang aku tak perlu sebut,korang pandai-pandai lah fikir sendiri boleh jadi..

Tapi kat Medan,aku rase tak yah kite nak padamkan lampu,abang-abang yang jage letrik pandai padamkan sendiri..Bukan sejam,tapi 4 jam.Bukan sehari setahun,tetapi hari-hari setiap tahun,huhuu..Sape nak bet ngan aku,kat Medan confirm black out sabtu nanti??Hahahaha..(gurau je,atuk aku tak bagi main judi)..

Jadi same-same lah kita sokong kempen ni eh..Jangan ingat 60 minit tak memberi apa-apa..Kalau kita leh disiplinkan diri kita selama 60 minit,barulah kita boleh teruskan dengan 70,80,90 dan seterusnya..Kalau 60 minit pun tak boleh,inikan lagi 2 jam..Bukan dalam hal mematikan lampu je,tapi semua hal.Jadikanlah kempen ni sebagai batu loncatan untuk kita mendisplinkan diri..

Nak tau lebih lanjut,layari :

Profile Facebook Earth Hour

Laman Web Rasmi Earth Hour Malaysia

SELAMAT MEMATIKAN LAMPU!!!

p/s : Abihla semua ketua kampung,kene kerja keras sikit,bawak RELA jalan-jalan..Huhuhhu..

2 comments:

fariza azwa muhibah said...

astaga. aku ingtkan 2030-2130 tu tahun.
rupe2nye jam. haha berjanggot kot nk tggu tahun 2130.

Encik Adie said...

alamak..aku dah mengelirukan umat manusia ke??oke2,jap lagi aku edit..tq2..