30 Mar 2010

April Fool's Day - Hari pembantaian umat Islam Sepanyol


Pernah dengar April Fool??Aku rasa,semua orang pernah dengar pasal hari ni,yang lebih diingati daripada hari kelahiran Rasulullah,dan har-hari lain..Hari dimana orang-orang melakukan perkara yang bodoh,dengan mengusik teman,keluarga,guru dan sebagainya dengan 'prank' yang dianggap kelakar..

Tetapi pernah kah kita mengetahui sejarah sebenar April Fool's Day?Menurut sejarah yang ditulis oleh sejarah barat,terdapat banyak teori tentang awal April Fool.Antaranya adalah,menurut lagenda,tahun baru sebenarnya disambut lebih kurang pada 1 April,tetapi pada tahun 1582,tahun baru dipindah menjadi 1 Januari,yang membuatkan orang tidak dapat menerimanya,kemudian menggelarkan nya sebagai Fool's Day.

Ada juga yang mengatakan bahawa ulang tahun pertunangan King Richard II of England dengan Anne of Bohemia pada tahun 1832,yang dikatakan pada 32 hari selepas bulan Mac,iaitu pada 1 April,dan akibat salah faham tentang tarikh tersebut,mereka memanggil 1April dengan April Fool..Tetapi sejauh manakah kebenaran cerita ini??Setakat ini,teori ini merupakan teori semata,iaitu hanya lagenda,dan tanpa sejarah yang mendukung..

Ada apa disebalik Aprl Fool??April Fool sebenarnya adalah perayaan tentera salib setelah membantai seluruh umat Islam Sepanyol dengan kejam,tidak kira lelaki,perempuan dan kanak-kanak pada tahun 1487 atau 892 Hijrah..Setelah tentera Islam berhasil menakluk Sepanyol dan sebahagian Perancis, tentera salib tidak berpuas hati dan sentiasa mencari akal untuk menjatuhkan umat Islam di Sepanyol(Moors)..Akhirnya,mereka menemukan kelemahan umat Islam,dengan membekalkan arak secara percuma,mendendangkan lagu supaya pemuda melupakan Al-Quran dan menghantar ulama palsu untuk melakukan perpecahan antara umat Islam.

Usaha mereka membuahkan hasil,apabila tentera salib berjaya menakluk Sepanyol..Sepanjang penaklukan tentera salib,mereka bukan sahaja membunuh semua umat Islam,tetapi rakyat Sepanyol juga dengan kejam.Tetapi,masih ada umat Islam yang bersembunyi di dalam rumah mereka.Apabila mengetahui hal tersebut,tentera salib membuat pengumuman,bahawa mereka telah menyiapkan kapal untuk umat Islam yang masih tinggal untuk belayar keluar daripada Sepanyol dengan barang-barang keperluan mereka..

Setelah melihat sendiri kapal-kapal tersebut,pada 1 April 1487,umat Islam Sepanyol yang tersisa yang kebanyakannya perempuan dan kanak-kanak,menuju ke pelabuhan,tetapi akhirnya mereka dikepung oleh tentera salib.Kapal yang dijanjikan dibakar,dan seluruh umat Islam yang datang ke kapal dibunuh dengan kejam.Sedangkan yang masih dirumah kerana tidak percaya dengan janji-janji tentera salib tersebut,dibakar hidup-hidup di rumah masing-masing.

Orang Kristian merayakan kejayaan tentera salib menipu dan membunuh semua umat Islam Sepanyol dengan kejam itu pada setiap 1 April yang disebut dengan April Fool,dan sekarang,umat Islam nampaknya turut merayakan kejayaan tentera salib itu..Itu lah hebatnya umat Islam sekarang,mengikut membuta tuli tanpa melihat sejarah..

Untuk membaca lebih lanjut tentang artikel ini,boleh lah melayari :

Utusan Malaysia Online
Hizbut Tahrir Indonesia

Jadi,sedarkah apa yang anda sambut setiap kali 1 April??Fikir-fikir kan lah..

p/s : Aku bukan orang yang alim,tetapi hanya untuk memberitahu kebenaran tentang apa yang kita tak tahu...

3 comments:

amanmj said...

aku hrp takdela org kita sambut mende x pekdah nih.

dn hrp2 aku tak kena prank april fool hr ni..:usyar kiri-kanan: huhu

minisite said...

orang yang fool je sambut april fool ni..x bertamadun langsung

Encik Adie said...

betl2..skong!!!