22 Apr 2010

Kasut untuk Bush, Selipar untuk Blair


Masih ingat kejadian Bush dipaling kasut di Iraq?Kejadian tersebut mungkin berulang,tapi pada sekutu kuat Bush,iaitu bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair..Tetapi apa yang menarik adalah, kejadian tersebut mungkin akan berlaku di negara kita, Malaysia jika Tony Blair tetap datang ke Sunway Lagoon sabtu ini (24/04/2010) untuk memberi ucapan dalam acara National Achievers Congress..Kedatangan Blair ke Malaysia di sambut dingin oleh 53 NGO yang diketuai oleh Perdana Global Peace Organization (PGPO) yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir..

Tun Dr. Mahathir mengecam hebat kedatangan Blair ke kongres tersebut kerana mengatakan, Blair yang kita semua tahu telah mengaku berbohong untuk melancarkan perang terhadap Iraq bersama-sama sekutunya Bush, yang telah meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa, yang turut memusnahkan bumi Iraq tanpa ada alasan yang munasabah..

Atas dasar itu, Tun. Dr. Mahathir menegaskan pandangan beliau bahawa Blair tidak layak untuk memberikan nasihat kepada usahawan di negara kita, kerana Blair diketahui merupakan seorang penipu, dan jika usahawan di negara kita mengambil nasihat daripada seorang penipu, apa akan jadi dengan negara kita??Pendapat aku,macam dah takde orang lain yang lebih layak untuk memberikan ceramah di kongres tersebut..

Dengan itu, Tun Dr. Mahathir menggesa rakyat Malaysia yang meluat dan jijik terhadap tindakan Blair tersebut untuk mengutuk dan memalukan Blair dengan cara menyertai perhimpunan aman di Sunway Lagoon pada sabtu ini dengan membawa selipar yang menjadi simbol kebencian terhadap keganasan..

NGO yang telah bergabung dengan Tun Dr. Mahathir memberikan amaran kepada Blair,bahawa jika Blair berani menjejakkan kaki ke Malaysia, maka bersedialah dengan hujan selipar dari rakyat yang membencikan pengganas sebenar..

Artikel Utusan Malaysia tentang kedatangan Blair ke Malaysia

p/s : Aku tak tau tindakan ini betul atau tidak..Mungkin ada pro and cons dia..Tapi sebagai seorang Muslim, aku mengutuk tindakan Bush,Blair dan sekutu menyerang saudara seIslam kita di seluruh dunia tanpa alasan yang munasabah..Dan aku berpendapat bahawa Bush, Blair dan sekutunya merupakan PENGGANAS SEBENAR!!!!

2 comments:

Anonymous said...

orang islam kene kuat bergabung... tu je... klau kite pun xkat mmg susah nak kalahkan org yg menindas org islam... saye ade tgk ayat2 dlm cite Qurbaan lakonan saif ali khan... org islam di cop sebagai terorist... thn dieorg kaitkan ngn 11/9 semua...ade berapa org yg meninggal...dan ade sorg yg mnejawab...bandingkan brapa byk yg terkorban dlm perang di iraq ,pokoknya lebih byk yg mati ...siapa terorist yg sebenar...

Encik Adie said...

stuju..klau anony ni ltak name lagi bagus..sbab skang ni umat islam x kuat,so kene tindas je..