21 Apr 2010

Keagungan Islam zaman dahulu


Tadi aku ada terbaca satu link yang orang post kat wall grup Anti Akademi Fantasia,dengan tajuk Look What Muslim Did,Hard To Swallow The Truth..Dari tajuk,mula-mula aku fikir macam nak kutuk Islam ni.So aku tengok la link YouTube tu,sebab kalau kita nak pertahankan diri,kite kene tau apa yang musuh kita buat..

Tapi ternyata aku salah..Video tersebut adalah berkisarkan tentang keagungan Islam zaman para nabi dan para sahabat..Maksud Look What Muslim Did adalah apa yang para sahabat dah buat yang sangat mengalahkan dunia barat hari ini,than Hard To Swallow The Truth pulak adalah,kejayaan para sahabat tu.ramai yang tak tau sebab kita dah dkaburi oleh Barat tentang sejarah..Mereka dah ubah sejarah dengan menyatakan mereka yang mencipta dan menghasilkan segala-galanya.Dan seluruh dunia percaya dengan semua tu (termasuk lah aku)..

Kita semua terlupa yang AL-Khawarizmi merupakan orang yang mencipta angka 0 dan mengasaskan Algebra, kita lupa bahawa Ibnu Nafis merupakan orang yang pertama menjumpai Pulmonary Circulation (peredaran darah dalam badan) bukannya William Harvey,kita lupa Ibnu Batutah merupakan pelayar yang agung mengalahkan Vasco da Gama dan pelayar-pelayar Portugis dan Barat yang lain, dan kita sangat lupa bahawa tokoh Islam yang tak asing lagi,Ibnu Sina merupakan Bapa Perubatan Moden, dengan karya agung beliau, Al-Qanun Fit Tib (kalau budak amik medic tak tau pasal ni tak tau nak cakap ape la) yang masih digunakan sebagai buku teks di Eropah (tetapi tidak di kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia dan Indonesia) dan macam-macam lagi..

Tapi apa yang paling aku tak sangka, Laksmana Cheng Ho yang dikenali sebagai seorang laksamana dari China yang sangat terkenal merupakan seorang Muslim.Tak hairan beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan Kesultanan Melayu Melaka..Kadang-kadang terasa sayang,sebab di Malaysia mata pelajaran Sejarah lebih kepada mengagungkan tokoh-tokoh dari Barat (yang hakikatnya merupakan penciplak karya-karya tokoh-tokoh Islam) daripada bercerita tentang tokoh-tokoh Islam..

Video ini merupakan satu video yang mesti ditonton oleh semua, tak kita Muslim ataupun tidak..Dan diharapkan kepada sesiapa yang menonton video ini diharapkan dapat menyebarkannya kepada orang lain..Walaupun hanya 9 minit 59 saat, aku rasa input dia cukup untuk membuka mata semua tentang KEAGUNGAN ISLAM YANG SEBENARNYA..

Video tersebut dapat ditonton di link dibawah..Aku dah cuba upload,tapi disebabkan oleh video tersebut sangat besar dan "internet indonesia tak mengizinkan", tengok kat link bawah ni je eh..

Video "Look What Muslim Did,The Truth Is Hard to Swallow"

p/s : Tentang Ibnu Sina, beliau merupakan tokoh perubatan terkenal..Buku-buku beliau merupakan sumber rujukan di sesetengah negara, terutama di Eropah, hingga ke saat kini..Al-Qanun Fit Tib atau dikenali dengan Canon of Medicine atau Hukum Kanun Ilmu Perubatan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa,tetapi belum dalam Bahasa Melayu rasanya..Tokoh-tokoh Barat banyak menggunakan Al Qanun Fit Tib sebagai sumber rujukan dan kemudiannya mengemukakan teori-teori yang kononnya baru ditemui tanpa mengatakan bahawa semua asas diambil daripada karya agung Ibnu Sina..Lebih lanjut, Google saja,kerana banyak info tentang Ibnu Sina..

No comments: