8 Apr 2010

Penghawa dingin (air-conditioner) menggemukkan

Biasa tengok benda ni?Boleh kate semua orang nak duduk dalam air-cond tak kira masa.Kalau leh 24 jam nak ada air cond, nak-nak sekarang tengah panas (tanpa kita sedar yang air-cond sendiri menyumbang kepada pemanasan global) kat negara kita.Tapi korang tau tak,air cond boleh mendatangkan banyak keburukan kepada kita?Dan air cond jugak boleh membuatkan kita gemuk..Nak tau fakta pasal ari cond??

1. Membuatkan kita gemuk
Ada penelitian mengatakan, udara yang selesa antara 10 penyebab kegemukan.Kenapa?Bila dah sejuk, malas nak buat apa-apa..Lepas makan je,terus rasa ngantuk.Than tambah lagi air cond, confirm lelap sampai Maghrib..Tak payah hari-hari,cukup 3 kali seminggu.3 bulan lepas tu,leh daftar Biggest Loser.

2. Sick Building Syndrome
Sindrom ni merupakan akibat daripada pertukaran suhu secara tiba-tiba.Samada dari sejuk ke panas atau panas ke sejuk.Sebagai contoh, kita baru lepas berpeluh-peluh sebab panas kat luar,than tiba-tiba masuk rumah,bukak ari cond 16..Badan kita tak boleh nak berkompensasi (err,macam sesuaikan diri la), jadi akan timbul lah sakit kepala, rasa sesak nafas dan macam-macam lagi..

3. Senang terserang jangkitan kuman
Biasanya,ruangan yang dilengkapi air cond adalah ruangan tertutup, dan mempunyai pengudaraan yang minimum..Dan korang tau ada berapa banyak kuman kat udara?Belum tambah bila bersin lagi, yang kita bawak dari luar lagi (plus bau yang harum bak kasturi lagi)..Dan kalau sesorang terkena jangkitan virus,sangatlah mudah untuk berjangkit dalam ruangan ari cond (kalau selsema,jangan duduk dalam bilik ada air cond).

4. Penuaan kulit
Tau macam mana air cond berkerja?Ia mengambil partikel-partikel air kat udara dan proses jadi udara dingin.Tak terkecuali air yang ada kat kulit korang,kat dalam mulut (kecuali air yang tersembunyi dan air yang susah nak tersejat macam air "duit").Jadi, bila air kat kulit korang tersejat,kulit jadi kering,senang la proses penuaan berlaku..Jadi kalau tak dapat elakkan air cond, pakai lah pelembap tambahan (macam Abang Jafreyy kita buat), dan jangan lupa untuk minum air banyak-banyak..

Tak salah sebenarnya mempunyai air cond,tapi kalau sayang alam kita yang indah ni,dan sayang kepada generasi yang akan datang, jarang-jarang kan lah bukak air cond tu, agar karbon monoksida kat udara tak banyak..

3 comments:

asna ashraff said...

"udara yang selesa antara 10 penyebab kegemukan."

hoho statement ni menakutkan...

Encik Adie said...

ko jgan..ni fakta ni.huhu

Anonymous said...

nasib baik mmg xske air con....
tapi still ade lemak di bdn ni...
kene g jog....:p