29 Apr 2010

Harapan Chong Wei pada Piala Thomas 2010


Datuk Lee Chong Wei dalam kenyataan beliau untuk Utusan, meminta seluruh rakyat Malaysia tak memberikan cemuhan atau kata-kata yang kesat apabila Malaysia gagal dalam saingan Piala Thoams 2010, tetapi tetap memberikan sokongan yang padu, bukan sahaja untuk Piala Thomas, malah setiap waktu..Lee Chong Wei menceritakan pengalaman beliau pada Piala Thomas 2000 dimana Malaysia kalah dalam saingan suku akhir, dan pemain nagara diberi cemuhan dan kata-kata kesat..Piala Thomas yang ketika itu berlansung di Stadium Putra Bukit Jalil gagal dibawa pulang oleh Malaysia..

Kejohanan antara paling berprestij dalam badminton tersebut sekali lagi akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil,dan diharapkan Malaysia mampu merampas kembali Piala Thomas yang kali terakhir dibawa pulang ke Malaysia pada tahun 1992..Aku sebagai peminat sukan tempatan, pun berharap yang sama dengan Lee Chong Wei..Kita kene mengubah mentaliti kita balik..Bukan bila dah kalah,terus cemuh dan kritik habis-habisan.Tak salah nak kritik,sebab memang itu lumrah.Tapi yang positive la,bukan hanya cemuh yang tak berasas..

Orang Malaysia ni ade satu sifat yang payah nak ubah,termasuk la aku sendiri.Bila pasukan kita menang,bukan main gembira,tapi bila dah kalah sekali,terus caci maki,sampai ke tahun depan.Patutnya kita kenelah bagi sokongan untuk mereka naik lagi..Tapi pemain-pemain pun,janganlah cepat lupa diri..Jadi,sama-sama lah kita ubah yer,dan bagi sokongan yang tak terhingga kepada skuad negara pada 9-16 Mei 2010 depan..Kalau berpeluang,marilah kita sama-sama memeriahkan lagi kejohanan tersebut..


Kita doakan pasukan negara dapat membuatkan Piala Thomas kekal di Malaysia,bukan hanya transit untuk diberikan kepada negara lain..Majulah sukan untuk negara..

"SUKAN UNTUK PERPADUAN"

No comments: