19 Apr 2010

Rakyat Malaysia zaman sekarang


Tadi tengah-tengah aku layan FB,aku terbace 1 link yang aku tertarik nak tengok berdasarkan tajuk dia..Aku dapat link tu kat wall Anti Akademi Fantasia..So aku klik kat link tu,dan nampak lah artikel yang panjang berjela,dan aku rasa abih masa aku 15 minit nak baca..Aku kalau panjang-panjang mcam tu malas nak baca..Buku pun aku malas,ini kan lagi artikel-artikel ni..Tapi aku try baca, dan tau apa yang berlaku?Aku baca habis artikel tu dan mengharapkan ada lagi,dan aku baca lagi post-post lain yang ditulis oleh penulis blog tersebut..

Tulisan beliau sangat mantap, berkisahkan rakyat Malaysia zaman sekarang..Sakit hidung aku arini,sebab banyak sangat artikel tu terkena kat batang hidung sendiri.Dan aku akui, apa yang penulis tu tulis,sangatlah betul, dan harus diubah..Nampak sangat beza tulisan orang yang berilmu dengan orang yang rasa-rasa penuh ilmu di dada padahal tak..

Antara ayat-ayat yang aku suka adalah :

"Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing."

Betulkan??Ada berapa banyak rancangan realiti kat Malaysia?Dan boleh kata untuk setiap peringkat umur ada..Dan ada lagi ayat yang aku suka :

"Nasyid menjadi wadah ‘mempromosikan’ Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan ‘memperkenalkan’ Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang ‘membeli’ Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan."

Aduh,baru je sikit aku ambik,dah banyak dah kene kat batang hidung..Percayalah, habis je korang baca artikel dia, habis berdarah hidung,tak tahan beban..Dan ini yang paling aku suka :

"Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. “Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!”, Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki? Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan… AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!"

Kalau korang nak baca lebih lanjut tentang artikel ni, boleh baca dekat sini :

Laman web saifulislam.com tentang "Trend Mengurangkan Rasa Berdosa"

Kalau korang malas nak baca panjang-panjang,isi kat atas ni antara isu penting yang ingin dibawa oleh penulis blog tersebut..Tapi aku rasa better baca seluruh artikel sebab sangat menarik..

Dan peringatan ini untuk aku sendiri khususnya dan kepada semua yang membaca post aku ni amnya..Semoga mendapat berkat..

1 comment:

Anonymous said...

Lagu Maher Zain n Sami Yusuf...n Yusuf Islam...sedap didgr.... lembut..n halus