17 Apr 2010

Achik Spin meninggal dunia


Setelah Allahyarham Din Beramboi, Achik Spin atau nama sebenar beliau Abdillah Murad Md. Shari pergi bertemu Illahi semalam, 17 April 2010 dalam kemalangan ngeri di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (LEKAS). Vokalis kumpulan Spin itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas dan terbakar.Mayat beliau di bawa ke Hospital Tuanku Ja'afar malam tadi.

Ajal maut tak dapat kita nak predict, boleh sampai bila-bila masa, di mana-mana pun kita,dan siapa pun kita..Dengan pergi nya 2 seniman tanah air dalam masa tidak sampai sebulan, diharapkan kita dapat mengambil iktibar, dan sama-sama kita renungkan..

Kepada keluarga Allahyarham,saya mengucapkan takziah.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak..

Mari lah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham..

Al-Fatihah

Artikel Utusan tentang pengesahan kematian Achik Spin

p/s : Semoga kita mengambil iktibar

1 comment:

Shee_Q said...

Innalillahiwainnailaihirojiun..

Al-Fatihah~