12 Apr 2010

Mengapa insurans sangat penting di Indonesia

Korang ade insurans??Mesti ramai yang dah ada,dan aku rasa kebanyakannya parents yang tolong bayarkan.Tak dinafikan,insuran sangat penting,tapi aku rasa di indonesia,insuran sangat lah penting,dan ia menjadi kewajipan rakyat indonesia,selain membayar cukai..Nak tau kenapa??

1. Banyak rusuhan

Frekuensi rusuhan kat sini,kalau yang dapat diketahui adalah dengan purata 50 kali sehari,tapi belum kira yang tak dapat tau..Kalau dalam berita dia,setiap kali berita di semua stesen tv akan dimulai dengan berita rusuhan,wajib ade 3..Mereka ada 13 stesen tv, dan mereka akan melaporkan berita rusuhan yang berlainan..13x3??Kire sendiri..Ape yang aku nak cakap adalah,kat mana-mana leh ada rusuhan..Walaupun korang tak join,kalau ada kat situ pun leh kene belasah gak..So,kalau ada apa-apa,insuran sangatlah berguna.


2. Kemungkinan kemalangan jalan raya

Kalau korang datang kat sini,sape-sape yang ade heart attack tu boleh mati kot,tengok macam mana diorang bawak kereta dan motor,lebih-lebih lagi pemandu pengangkutan awam..Kalau tak biasa,confirm selalu kene langgar.Tu satu hal,kalau jalan kaki pulak,kalau korang nak melintas,kene tunggu jalan kosong dulu (biar ade angin hembus-hembus kat jalan dulu),baru boleh lintas.Pemandu dia takkan bagi laluan kat korang..Mereka lebih rela bunyikan hon sampai battery kong sambil bawak laju daripada bagi laluan..Ambulans bising pun dia buat tak tau,ini kan pulak korang yang senyap-senyap kat tepi jalan tu..


3. Tidak ada yang percuma

Perkhidmatan kat indonesia,boleh dikatakan semuanya harus dikenakan bayaran.Kalau takde duit,jangan banyak cakap..Di hospital sekalipun,memang ada hospital kerajaan yang percuma (tapi tak banyak,dengan fasiliti yang terbatas) tapi ubat still kene beli sendiri..Orang bagi kereta,tapi kite tak mampu nak beli minyak,leh jalan ke?So kalau jadi sesuatu yang tak diingini,tak de lah kene gadai macam-macam nak bayar bil hospital..

4. Risiko ditembak

Ini terutama untuk orang Islam..Kat sini,kuat je Islam,semua kene cop pengganas..Obses sangat dengan US..Orang-orang mereka sendiri sanggup menembak orang sendiri.Baru jadi suspect,tanpa bukti yang kukuh,ditembak di khalayak ramai.Seolah-olah perkataan "PENGGANAS" menjadi lesen untuk menembak orang Islam,dam mereka membenarkan perkara tersebut..Dah tembak,baru cari bukti untuk sabitkan kesalahan..Aneh kan??Tapi negara Islam??Aneh,aneh..

p/s : Hujan batu di negeri orang,hujan emas di negeri sendiri..Of course la negeri sendiri lagi best..

4 comments:

ashraf said...

kat malaysia ade rempeet :D
kat indonesia takde...

naim said...

ape banyak insuran ko beli die?haha

Encik Adie said...

asna : kat sini lagi bnyak rempit die..cume xde istilah tu je..huhu

naim : aku pun xde insuran..jadi pe2 kat aku,mampus aku..

Anonymous said...

Tidak usah membandingkan Indonesia dengan malaysia, urus saja negaramu yang islam itu, tapi menghalalkan judi dan maksiat, tak perlu memasukkan berita indonesia di blogmu jika hanya ingin menjelek2kan indonesia. didunia ini cuma malaysia negara yang paling hebat! tidak ada yang lain.