6 Apr 2010

Mark Zuckerberg bukan pengasas sebenar Facebook


Mark Zuckerberg dikenali sebagai pengasas jejaring sosial nombor 1 dunia, Facebook.Dengan mengasaskan jejaring sosial tersebut, pelajar dari Havard University ini telah menjadi antara orang yang paling kaya dan berpengaruh dunia.Tetapi sejauh manakah kebenaran bahawa Mark Zuckerberg merupakan pengasas sebenar Facebook?

Cameron dan Tyler Winkelvoss, pasangan kembar yang belajar bersama Mark Zuckerberg mengatakan bahawa idea asal daripada Facebook adalah dari mereka,yang telah menghasilkan laman web ConnectU pada tahun 2003,dan menyangka Mark Zuckerberg, seorang pelajar jurusan komputer berkerjasama dengan mereka.

Tetapi pasangan kembar yang merupakan atlet yang mewakili Havard dalam pertandingan perahu layar ini, terkejut apabila Mark Zuckerberg menghasilkan laman web yang sama dengan ConnectU, yang diberi nama thefacebook.com.Laman web tersebut menjadi terkenal di Havard,dan kemudiannya terkenal di seluruh dunia dengan nama Facebook. Perkara ini mengejutkan pasangan kembar Winkelvoss ini.

Pasangan kembar Winkelvoss ini membuat tindakan mahkamah dengan mengajukan hak mereka dalam Facebook dalam segi saham,dan pada tahun 2008,Facebook menawarkan US$65juta, tetapi ditolak oleh Cameron Winkelvoss.Perkara tersebut masih berlanjut kerana peratusan saham dalam Facebook masih belum dikeluarkan secara umum.

Untuk info lebih lanjut,boleh cari cerita tersebut di Google,atau layari laman web ini :

Cerita di sebalik Facebook

Jadi,sudah tahu siapa pengasas Facebook sebenar?

5 comments:

Munirah Ismail said...

hahaha..aku guna je..xkisahla spe pngasas pon..

Encik Adie said...

ko memang choi,faham sngat aku,hahaha..

asna ashraff said...

hmm kau pon blog...

sape pengasas blogspot heh???

Encik Adie said...

asna : tu aku blum kaji lgi..nnti aku post kan,hahaha

bdk_SkemA said...

oh cam tu...thnk yer sharing entri nih..huhu