7 Mar 2010

Proton's Concept Car "EMAS" (Eco Mobility Advance Solution)

Seperti yang kebanyakan rakyat Malaysia dah tau,PROTON telah melancarkan model kereta konsep atau "Consept Car" pada 18th International Geneva Motor Show yang telah berlansung pada 4 mac 2010 dan akan berakhir pada 14 Mac 2010. Model tersebut diberi nama EMAS (Eco Mobility Advance Solution) yang diinspirasi daripada emas(gold) sendiri,dengan harapan PROTON mampu bersaing dengan pengeluar kereta yang lainnya.

Kereta ini telah direka oleh jurutera PROTON sendiri,syarikat di bawah naungan PROTON,iaitu LOTUS dan juga pereka design daripada Itali,Italdesign Giugiaro (IDG). Kereta ini dipasangkan dengan enjin hybrid 3 silinder 1.2 liter yang mampu menjana sehingga 54 kuasa kuda (38kW) pada 3,500 rpm.EMAS juga datang dengan enjin standard,dan dengan harga yang lebih murah.

EMAS didatangkan didalam 3 model,iaitu :

1. EMAS - kereta sedan 4 pintu dengan 5 tempat duduk yang bakal memberikan keselesaan MPV pada sebuah sedan,dan kalau mengikut apa yang aku nampak,seperti konsep Honda Freed,tapi Honda Freed sendiri adalah MPV.EMAS sesuai untuk orang berkeluarga.

2. EMAS COUNTRY - kereta sedan 2 pintu dengan 5 tempat duduk yang lebih sedikit kompak berbanding EMAS.Konsep EMAS COUNTRY ini seperti Proton Satria dan Satria Neo.

3. EMAS3 - EMAS3 adalah percubaan yang berani dari PROTON,dengan menampilkan rekaan kereta '3plus1' pintu dengan 2 tempat duduk,yang seakan-akan Smart For Two..

Harga untuk setiap EMAS masih belum diumumkan,dan dijangkakan EMAS kan boleh dinikmati penggemar mulai tahun 2012.PROTON telah menjanjikan bahawa walaupun EMAS dihasilkan untuk pasaran global,tetapi rakyat Malaysia akan terlebih dahulu menikmati ciptaan anak bangsa untuk bangsa..

Tahniah kepada PROTON dan diharapkan PROTON akan terus maju dan terus mengharumkan nama anak bangsa..

Ni ada sedikit gambar daripada model yang datang dengan 2 warna (Emas dan Putih) tersebut...

Ini EMAS COUNTRY warna emas, 2 pintu 5 tempat duduk
EMAS COUNTRY dari pandangan belakang..

EMAS COUNTRY yang dah jadi,posing dengan awek no 38 aku yang datang dari Malaysia,weeewittt..

Yang ni pulak EMAS,yang sangat sesuai sebagai kereta keluarga..

EMAS daripada pandangan tepi..

EMAS daripada pandangan belakang,lebih kurang sama dengan EMAS COUNTRY..

Ini depan EMAS COUNTRY,yang menyerupai EMAS..

Yang terakhir,EMAS3 yang kelihatan comel dengan 2 pintu..

Ini EMAS3 yang telah diproduksi..comel kan??

EMAS3 dari pandangan sisi..

Rekaan dalaman yang sangat kemas dan dilengkapi dengan kelengkapan yang berteknologi tinggi untuk hiburan pemandu dan penumpang..

Enjin yang telah direka hasil kerjasama jurutera tempatan PROTON dan jurutera LOTUS..

Taraaaa...

Model yang bakal menggemparkan industri permotoran antarabangsa,dan bakal menjadi kebanggaan rakyat Malaysia keseluruhannya..

p/s : Sokonglah industri dan hasil kerja rakyat kita sendiri,tak perlu nak bangga dengan hasil dan buatan daripada negara lain..

3 comments:

bH said...

proton memang makin lama makin best..cayalah!!
tapi tak reti gak driving

Munirah Ismail said...

EMAS macam katak.

Encik Adie said...

bH : tu la psal..bangga dgan kjyaan bngsa sndiri..tp klau kite pun x sppoert,sape lagi kan..

choi : mane ade la choi,cumel je aku tgok..