1 Apr 2010

Pemergian Din Beramboi


Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenar beliau Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pada pukul 12.30 padi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang..

Allahyarham Din Beramboi disahkan meninggal dunia akibat daripada demam denggi berdarah (seperti yang diberitahu media) setelah beberapa hari koma dan dirawat di hospital. Pemergian Allahyarham Din Beramboi tidak disangka kerana beliau dikatakan beransur baik semalam dan dalam keadaan baik..Tapi, itu urusan Allah,kita tak boleh nak buat apa-apa..

Jenazah Allahyarham Din Beramboi akan berada di No 2079 Jalan E 5/12 Taman Ehsan,Kepong pada esok hari untuk diuruskan sebelum solat Jumaat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan,Kepong sebelum solat Jumaat.

Dengan pulangnya Allahyarham Din Beramboi ke rahmatullah, negara kehilangan seorang ahli seni yang sangat berbakat dan berkualiti, dan pasti pendengar akan merindukan celoteh Allahyarham Din Beramboi setiap pagi yang meneman mereka semasa perjalanan ke tempat kerja, kuliah, dan sebagainya..Peminat akan merindukan aksi yang spontan dan memukau Allahyarham Din Beramboi yang tidak pernah membosankan..

Takziah kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi..Semoga roh beliau dicucuri rahmat..

Artikel Utusan Online tentang Din Beramboi

2 comments:

Munirah Ismail said...

al-fatihah..

Anonymous said...

al-fatihah 2 din beramboi semoga ALLAH S.W.T tmpatkan arwah di kalangan orang2 yang solleh..amin